petikan dari blog saifulislam.com :
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.
Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.
dan sesungguhnya aku turut tertarik apabila menonton video Ustaz Don Daniyal yang berkongsi mengenai kesan menghebohkan pertunangan
alam pertunangan bukan sesuatu yang patut di buat besar-besaran.. sepanjang tempoh pertunangan inilah kita belajar mengenali dan mendalami latar belakang pasangan kita. istilah bertunang pada harini seolah-olah telah melupuskan pandangan bertunang menurut perspektif islam. bila mana, mejadi seolah-olah trend bila asalkan bersarung cincin pada pasangan couple itu automaticly akan menjadi tunangan, menjadi hubby, menjadi laki.. meminggirkan ibu bapa , saudara mara yang mana kita di besarkan oleh mereka. bukan aku x pernah melalui semua tu.. aku pernah guna gelaran tu.. tapi bila semakin meningkat umur ni. aku kadang-kadang berasa malu apa yang pernah aku buat masa jahilnya aku dulu. bukan jahil. tapi terlalu mengikut perasaan muda =). bila dalam usia begini, tak wajarlah kita berbuat demikian sebab bagaimana pandangan dan perspektif orang lain terhadap diri kita. mungkin boleh je cakap, terpulanglah pandangan orang lain, aku hepi dengan apa yg aku buat ni. bak kata pepatah don't judge a book by its cover.. tp apabila kite renungkan sedalam-dalamnya.. memang x wajar kita membuat sedemikian.. malu pada diri.. malu pada keluarga yang membesarkan kita..
sekadar renungan bersama. semakin kita asyik dengan dunia..semakin jauh kita dengan akhirat.. sekadar untuk peringatan kepada diri sendiri dan juga mengingatkan sesama kaum muslimin-muslimat .. wallahualam...