Followers

Monday, May 30, 2011

KUIH PUPUDAK (BANJAR)

KUIH PUPUDAK (BANJAR)

by Azril N Jaslina on Monday, May 9, 2011 at 6:29pm

Bahan-bahan:

240gm tepung gandum

2 biji kelapa dijadikan 750ml santan

Pewarna hijau daun pandan secukupnya

Air untuk merebus secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

Kelongsong daun pisang secukupnya

Tali rafia secukupnya

Cara memasak:

1. Satukan tepung gandum, santan, gula, garam dan pewarna hijau daun pandan. Gaul sebati dan menjadi cair seperti membuat kuih kasui.

2. Kemudian masukkan adunan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah diikat hujungnya.

3. Seterusnya ikat pula bahagian atas kelongsong dengan kemas agar adunan tidak tumpah. Lakukan sehingga habis.

4. Akhir sekali, panaskan air dalam periuk dan rebus selama 15 hingga 20 minit.

5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dimakan.

Kuih yang sering dinikmati semasa kecil-kecil dahulu setiap kali balik ke kampung. Dimasak oleh mak long atau arwah nenek..

No comments:

Post a Comment

sila-sila mengarang ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...