SARAK TERUNG
Bahan :
Terung panjang
Pati santan
Inti :
2 sudu udang kering
1 pek kecil serbuk rempah (kari)
* 2 ulas bawang putih
* 3 biji bawang merah
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas (tiada pun ok)
* 2 batang serai
Kaedah :
1. Ambil terung, tanpa membuang kulitnya potong sepanjang 3 inci setiap satu potongan. Kemudian potongan tersebut dibelah 4 tetapi jangan sampai putus. Rendam seketika dengan air garam supaya tidak lembik.
* Sekiranya menggunakan aubergine sini, pandai-pandailah adjust saiz belahan agak mudah dan sumbatkan inti nanti.
2. Udang kering direndam seketika dalam air panas.
3. Kisar bahan-bahan yang bertanda * dengan kuantiti air minimum. Tambah udang kering dan serbuk rempah kisar hingga sebati dan halus. Bahan kisar ini akan menjadi seperti pes yang pekat.
4. Sumbat bahan kisar atau inti tadi ke dalam terung yang telah dibelah 4 tadi.
5. Aturkan terung yang telah disumbat inti ke dalam kuali atau periuk sehingga tiada ruang untuk bergolek. Curahkan perlahan-lahan pati santan hingga sama paras terung tersebut (bahasa makcik saya ''... hingga sama serap dengan terung''). Tambah garam secukup rasa.
6. Tutup rapat kuali atau periuk dan masak diatas dapur dengan kepanasan api yang minimum. Terung tersebut akan asak dan menyerap santan menghasilkan kuah yang sangat sedikit dan pekat.
Nota :
Masakan ini saya pernah makan 20+ tahun dahulu hasil air tangan arwah tok semasa kecil dahulu. Bertanya dengan mak resepi yang saya panggil ''terung sumbat'' ini, dan ujarnya ''Mak Mah yang pandai masak sarak terung ni!''. Terima kasih Mak Mah atas perkongsian resepi ini.
Saya belum pernah jumpa lagi masakan ini dimana-mana selepas arwah tok tiada. Insyaallah gambar akan saya upload sebaik sahaja telah membuatnya.
No comments:
Post a Comment
sila-sila mengarang ;)