Followers

Sunday, April 22, 2012

Pertunangan

actually aku tertarik dengan tajuk ni dan masih mencari pengisian yang sesuai ..

petikan dari blog saifulislam.com :

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.

dan sesungguhnya aku turut tertarik apabila menonton video Ustaz Don Daniyal yang berkongsi mengenai kesan menghebohkan pertunangan 

   
   

alam pertunangan bukan sesuatu yang patut di buat besar-besaran.. sepanjang tempoh pertunangan inilah kita belajar mengenali dan mendalami latar belakang pasangan kita. istilah bertunang pada harini seolah-olah telah melupuskan pandangan bertunang menurut perspektif islam. bila mana, mejadi seolah-olah trend bila asalkan bersarung cincin pada pasangan couple itu automaticly akan menjadi tunangan, menjadi hubby, menjadi laki.. meminggirkan ibu bapa , saudara mara yang mana kita di besarkan oleh mereka. bukan aku x pernah melalui semua tu.. aku pernah guna gelaran tu.. tapi bila semakin meningkat umur ni. aku kadang-kadang berasa malu apa yang pernah aku buat masa jahilnya aku dulu. bukan jahil. tapi terlalu mengikut perasaan muda =). bila dalam usia begini, tak wajarlah kita berbuat demikian sebab bagaimana pandangan dan perspektif orang lain terhadap diri kita. mungkin boleh je cakap, terpulanglah pandangan orang lain, aku hepi dengan apa yg aku buat ni. bak kata pepatah don't judge a book by its cover.. tp apabila kite renungkan sedalam-dalamnya.. memang x wajar kita membuat sedemikian.. malu pada diri.. malu pada keluarga yang membesarkan kita..
 

sekadar renungan bersama. semakin kita asyik dengan dunia..semakin jauh kita dengan akhirat.. sekadar untuk peringatan kepada diri sendiri dan juga mengingatkan sesama kaum muslimin-muslimat .. wallahualam...

Friday, April 13, 2012

kata hati ini

hati..
cukup2 la menangis...
cukup2 la menahan perasaan
lepaskan lah ia pergi
sepenuh hatimu..

hati...
sampai sini sajalah
biarkanlah ia berlalu
bak angin yang menderu
menghembusi malam sepimu

hati..
usahlah lagi bersedih
usahlah dikau meratapi
dan usahlah dikau mengingati
segalanya berakhir di sini

hati...
jadikanlah kisah lalu itu
suatu kenangan terindah
mimpi yang sekadar singgah
menemani malam lenamu

hati..
relakanlah apa yang terjadi
tak guna menyesali
masa yang pergi
x mungkin kan berpatah kembali

hati
doakanlah kebahagiaan dia
moga menemui cinta sejati
meskipun takdir bukan milikmu

hati...
sayangilah dirimu
sayangilah mereka yang amat menyayangi mu spenuh hati
tanpa mereka..hidupmu x bererti

hati..
kuatkanlah dirimu
untuk menghabiskan sisa2
demi mendapatkan segulung ijazah
meskipun..
dirnya tiada lagi di sisimu

hati
ku kuatkan diri ini demi mu
agar suatu hari
kala kita bertemu
aku mampu tersenyum memandang si dia
tanpa perasaan membelah didada

hati,,,
belum terfikir tuk mencari pengganti yang mampu merawatmu
mampu menyembuh luka mu
hanya mampu menghitung masa
untuk mu sembuh sendirinya

hati..
oh hati...
yang berlalu biarkan pergi..
moga yang datang nanti mentari sinar yang mampu
membuat kembali tersenyum
membuat kembali riang

hati sesungguhnya
merindui gelak tawa dan keceriaan dirimu..
kembalikanlah dirimu.. hatimu yang dulu

Thursday, April 12, 2012

siapa sangka siapa menduga

kala malam sepi..
kala bersendirian...
kala hati di hanyut perasaan
kala diri menjadi kian rawan
kala perasaan mulai rapuh..
kala rindu datang bertandang..
kala cinta kian di bawa arus..
kala benci mulai mendatang..

ku utuskan hasrat hati
yang kian lama kian mencengkam
yang sekian lama terpendam
yang semakin merapuhkan kekuatan

aku masih berdiri di sini..
menunggu untuk bangkit
namun kadangkala rapuh dan hampir tersungkur di jalanan....
lirik ini kutujukan
khas tuk kamu...

siapa sangka.. dan siapa menduga
begini jua akhirnya kisah kita

bertahun sudah berdua bersama
menempuh segala dugaan
walaupun hidup ade kekurangan
bukan kehendakku...
Tabah kuhadapi dengan mu
Itulah yang kupertahankan

Tak dapat dinafikan
Berbagai dugaan
Datang secara tiba-tiba
Apa erti makna tersembunyi
Istana yang dibina teguhnya sementara
Kau mengundurkan diri dariku

Tinggallah aku kini seorang diri
Kesana dan kemari
Mencari salahku waktu denganmu
Sambil mengubat hatiku yang sepi

Siapa sangka siapa menduga
Engkau berubah tiada kupinta
Kerana hidup bahagia sentiasa
Tanpa sengketa

Yang kukesalkan dan tak kulupakan
Aku korbankan seluruh hidupku
Semata-mata ingin melihat kau gembira
Kerana kusungguh menyayangi mu

Hidup aku berteman
Rinduku tak pernah padam
Terkilan berpanjangan
Sambil menyapu air mata

dari johor ke terengganu seribu satu kenangan

pertama kali aku da lame x update blog.. kali ni nak sesangat update pasal kem yang aku sertai dan menjadi fesi tuk kem tersebut.. dalam hati berbelah bahagi nak pergi ke x.. dengar bahagianya fatin msg (dengan gaya kompem) kak nak no ic n name penuh,,, hurm.. aku pon selamber je balas.. agak2 cam kompem je g kan.. tapi hati mmg teringin nk jadi fesi kat sebuah daerah yang dialek harian mereka jauh berbeza dgn loghat johorianku..

destinasi : TERENGGANU

khidmat : fesilitator group PUTIH yang suci dan bersih bersama partner fesi yang agak siuman Pidot a.k.a Firdaus

tempat : SK Padang Mengkuang, Marang, Terengganu


dah berapa banyak program aku sertai pon da x ingat da.. tapi untuk final year ni lah 1st program SMART CAMP yang aku berjaya attendkan diri walaupon pada dasarnya memang belah bahagi nak pergi..

so, berbekalkan semangat yang tinggi hajat nk g terengganu yang sebelum ni akhirnya tertunai gak..thanx ayah coz bg jugak pergi terengganu kite.. eaa..

chopp! gamba tu mesti ade.. setiap pogram / kem mesti ade kenangan terindah yang tersendiri.. berapa byk kem yg aku penah pegi pon mmg dasarnya byk mengajar aku sesuatu yang baru.. sambil berkongsi dengan mereka apa yg aku pernah lalui.. saling bertukar pendapat.. bukan mudah untuk menjadi fesilitator yang pandai mengawal dan mengambil hati adik2.. dari seaktif-aktif adik fesi sehinggalah ke sepasif-pasif adik fesi penah aku jumpe... sehinggalah yang kuat merajuk dan menangis.. dan pendiam x mau berkata-kata umpama ade emas berlian tersimpan kot.. hehe...


my team n my partner fesi yang ting tong gak layan budak2 agak pasif
 antara adik fesi yg beribu kerenah

with  smart campers KEM mumtaz sokmo team...



terserlah belang masing2 bila dok ngadap kopok jari (dipopularkan babad name nih) 


moga2 adik2 semua dapat kejayaan dalam upsr nanti.. insyaAllah..

perjalanan di teruskan ke masjid kristal n pantai batu buruk... semuanya adalah kristal bila di kristalkan oleh kristal geng
gaya kelas kau jah....
me at pantai batu buruk...

 pantang bila ade kamera budak2 neh



terengganu..
satu kenangan terindah
satu pengalaman yang tak terungkap dgn kata2.
perjalanan yang merapatkan ukhuwah kami sekeluarga smart campers..
insyaAllah persahabatan yang tiada akhirnya,...

akhir kata, sayang Sc.. sayangi diri anda

Wednesday, April 11, 2012

kala ombak rindu melanda hati

kala malam sepi ini..
bersendirian....
lantas hatiku bagai di carik2 untuk mendengar
lirik lagu yang bisa meruntun hatiku..
lagu yg bisa membuat aku menangis sendiri..
hanya mampu berharap..tapi harapan itu cuma tinggal kenangan...






Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

 
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


puas sudah aku harungi selama setahun... aku harap aku tetap bertahan
bertahan daripada mengulangi kesilapan lalu..
aku x sanggup tuk dilukai sekali
dan berkali-kali
cukuplah peluang2 yang da aku beri.. cukup 4 tahun... cukup buat aku merasa erti derita
hati.. bertahanlah
duhai hati...
rindulah pada org yang sanggup hargai kamu
duhai hati...

sesungguhnya... aku masih merindu kamu... walau x sekuat dulu...

Monday, April 02, 2012

bila bersahabat

bila bersahabat...

hindari syak wasangka..
bila bersahabat
hindari rasa berlebih di hati..
bila bersahabat..
hindari perbuatan yang bisa membuat sahabat trerguris
nila bershabat
jujurlah seikhlas hati
bila bersahabat
jangan mengambil kesempatan terhadap apa yg ada pd dia
sebaliknya bila bersahabat
berkongsilah kerana dia pon seperti kamu juga
bila bershabat..
pikir la..
masing2 memerlukan duit dan sebaiknya mengurangkan beban sahabat jika dia memerlukan
tak semuanya kita mampu..
bila bersahabat
tak akan mencemburui sahabat2nya
bila bershabat..
akan menasihati sahabatnya..
dengarlah wahai sahabat..

tetapi lelaki n wanita mmg x leh menjadi lebih dari sahabat.. kerana
wanita tercipta untuk lelaki dan lelaki dicipta untuk wanita... 

will be continued ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...