Followers

Monday, May 30, 2011

SARAK TERUNG

SARAK TERUNG

by Azril N Jaslina on Monday, May 9, 2011 at 4:30pm

Bahan :

Terung panjang

Pati santan

Inti :

2 sudu udang kering

1 pek kecil serbuk rempah (kari)

* 2 ulas bawang putih

* 3 biji bawang merah

* 1/2 inci halia

* 1/2 inci kunyit

* 1/2 inci lengkuas (tiada pun ok)

* 2 batang serai

Kaedah :

1. Ambil terung, tanpa membuang kulitnya potong sepanjang 3 inci setiap satu potongan. Kemudian potongan tersebut dibelah 4 tetapi jangan sampai putus. Rendam seketika dengan air garam supaya tidak lembik.

* Sekiranya menggunakan aubergine sini, pandai-pandailah adjust saiz belahan agak mudah dan sumbatkan inti nanti.

2. Udang kering direndam seketika dalam air panas.

3. Kisar bahan-bahan yang bertanda * dengan kuantiti air minimum. Tambah udang kering dan serbuk rempah kisar hingga sebati dan halus. Bahan kisar ini akan menjadi seperti pes yang pekat.

4. Sumbat bahan kisar atau inti tadi ke dalam terung yang telah dibelah 4 tadi.

5. Aturkan terung yang telah disumbat inti ke dalam kuali atau periuk sehingga tiada ruang untuk bergolek. Curahkan perlahan-lahan pati santan hingga sama paras terung tersebut (bahasa makcik saya ''... hingga sama serap dengan terung''). Tambah garam secukup rasa.

6. Tutup rapat kuali atau periuk dan masak diatas dapur dengan kepanasan api yang minimum. Terung tersebut akan asak dan menyerap santan menghasilkan kuah yang sangat sedikit dan pekat.

Nota :

Masakan ini saya pernah makan 20+ tahun dahulu hasil air tangan arwah tok semasa kecil dahulu. Bertanya dengan mak resepi yang saya panggil ''terung sumbat'' ini, dan ujarnya ''Mak Mah yang pandai masak sarak terung ni!''. Terima kasih Mak Mah atas perkongsian resepi ini.

Saya belum pernah jumpa lagi masakan ini dimana-mana selepas arwah tok tiada. Insyaallah gambar akan saya upload sebaik sahaja telah membuatnya.

KUIH PUPUDAK (BANJAR)

KUIH PUPUDAK (BANJAR)

by Azril N Jaslina on Monday, May 9, 2011 at 6:29pm

Bahan-bahan:

240gm tepung gandum

2 biji kelapa dijadikan 750ml santan

Pewarna hijau daun pandan secukupnya

Air untuk merebus secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

Kelongsong daun pisang secukupnya

Tali rafia secukupnya

Cara memasak:

1. Satukan tepung gandum, santan, gula, garam dan pewarna hijau daun pandan. Gaul sebati dan menjadi cair seperti membuat kuih kasui.

2. Kemudian masukkan adunan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah diikat hujungnya.

3. Seterusnya ikat pula bahagian atas kelongsong dengan kemas agar adunan tidak tumpah. Lakukan sehingga habis.

4. Akhir sekali, panaskan air dalam periuk dan rebus selama 15 hingga 20 minit.

5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dimakan.

Kuih yang sering dinikmati semasa kecil-kecil dahulu setiap kali balik ke kampung. Dimasak oleh mak long atau arwah nenek..

Friday, May 27, 2011

kek kukus buah

bahan2nya adalah :

  • 2 cawan majerin
  • 2 1/2 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan tepung naik sendiri
  • 8 sudu gula
  • 5 biji telur ayam
  • buah2an campur/kismis

cara membuatnya :

  • majerin bercampur gula di pukul rata, setelah rata masukkan telur satu persatu dan di pukul rata lagi.. setelah rata masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan masukkan buah2an campur(letak adunan tadi dahulu)
  • buat gula hangus (panaskan gula tanpa air di atas api sehingga keperangan)
  • tuang gula hangus panas2 ke dalam adunan tadi dan di gaul rata..
  • masukkan adunan ke dalam loyang/bekas dan tutup di atasnya kertas aluminium foil..
  • kukus di atas dapur selama 4 jam.
  • selamat mencuba..
ni resepi terhebat maklong saya.. jadi bile sy berkesempatan untuk blajar... alhamdulillah... menjadi.. selamat mencuba ;)

Wednesday, May 25, 2011

ikan/ayam masak merah

bahan2nya adalah :

  • 1 ulas bwg putih
  • 1/3 jari kelingking (halia) -tumbuk
  • 3-5 ulas bwg merah
  • 1/2 biji bwg besar
(mayangkan halus2 bahan di atas)
  • 1 bunga lawang/pe'kak
  • 1 kayu manis
  • 1 biji pelaga
  • 1 biji lada basah (hiris halus2)

cara memasak :
  • goreng semua bahan2 yang di mayang bersama lada
  • masukkan rempah sup serbuk (adabi etc..) 1/2 peket , goreng sehingga warna kuning
  • masukkan kicap,sedikit cili sos dan goreng sekejap
  • masukkan sedikit air
  • ayam /ikan yang hendak di masukkan hendaklah di goreng terlebih dahulu
  • campurkan air asam jawa sedikit
  • tunggu sehingga masak...
  • jika ada daun sup/bwg goreng..boleh taburkan di atasnya...
selamat mencuba :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...