Followers

Monday, August 22, 2011

bila jauh terkonang2

DALAM HATI TIBA-TIBA TERDETIK..........


kadang-kadang terkenang ape yang pernah menjadi milik kita. bila ada di depan mata kita seolah-olah tidak menghargai apa yang ada di depan mata. tapi bila ia semakin menjauh pergi, kita baru tercari-cari dan merasa kehilangan. sakit. perit. terlalu susah nak gambarkan apa yang di rasakan.

saat di depan mata, terlupa pada hati dan perasaan orang lain.yang kita tahu kehendak kita di turuti. apa yang kita mahu di beri. kadang-kita terlupa siapa yang kita sakiti itu? dah nama pun ikot rentak sendiri. pe orang lain rasa x pernah kita pikirkan. bila buat salah kita mengharap kan orang lain yang meminta maaf sedangkan hakikatnya keslahan bukan bersandar pada satu pihak sahaja. selagi nadi berdenyut, selagi kaki mampu menghayun langkah, selagi jantung tak berhenti mengepam darah ke seluruh tubuh kita, ingatlah jaga lah hati orang-orang yang tersayang. jangan sesekali melukakan hati mereka. Jangan nanti da terhantuk baru nak terngadah.

saat bila mana kita di sakiti, meraung bagai tak hingaat. kita lupa, what u give u get back. what goes around comes around. SYUKURLAH & HARGAILAH apa yang ada di depan mata kita. kalau ada jodoh insyaAllah bersama jua akhirnya. hanya mampu berdoa dan terus berdoa. moga akan datang keajaiban suatu hari nanti. hanya mampu mencuba yang terbaik dan menjadi yang lebih baik.


ingatlah detik-detik manis yang suatu masa dahulu pernah menggembirakan kita, membuat kita tertawa. membuat kini tersenyum sorang-sorang. rasa terubat dalam hati. kini hanya sekadar mampu mendoakan kebahagian orang yang kita sayang dari jauh. moga berjumpa kebahagiaan yang di cari. diri. sedang berusaha untuk menjadi lebih baik.

kenangan ICHAkf always in my heart (M.Purnama,170607)

at kuala perlis, 2007.. melihat matahari terbenam

Saturday, August 20, 2011

1st trial homemade :P

salam.. hai u'olls.. lame x hupdate new entry rite.. biase la posaa2 nih.. mood tuk bermalas-malasan atas katil tu sangat kuat.. macam magnet kutub utara bjumpa magnet kutub selatan.:p.. x le nk bpisah.. hehe... actually bz la jugak .. ade sekali mase tu otw nk g BP, then singgah la pump station, my mum pon kuar la.. die pegi beli buku resepi biskut raya.. 2 naskhah.. i belek2 dengan takde perasaan pada mulanya..agak lama buku tu tersadai di atas meja.. x terusik.. tiba-tiba dapat la petunjuk n gatal tangan nih nak buat kueh raya.. :p .. berkeras gak shopping barang2 nak buat kuih raya tu kat econsave Kluang.. hehee.. jadi ke x redho je la..ade gak yang i ubah ikot selera sendiri.. :p

..let's check it out..

kek kukus buah... 2nd trial... raye lepas buat tp mendak.. hehe...yg ni kire pass lah :p




omg! apakah ini?? koye kacang a.k.a. putu kacang paling senang nk buat :p..
pss!! jgn bakar lame sgt.. nt keras cm batu..patah gigi makcik kt umah tu dekk :p

huhh... ni bukan almond london... ni coklat kering je.. 
haissshh... next time kene cuba lg nehh improve :)


bikut coklat bintang hatiku.. improve with nestum.. 


 biskut susu kismis..nyummnyumm..





 biskut batik homemade :p





biskut jem anggur.. :p





 sarang shemutt.. biskut paling leceh..kene sagat2 lak... :p.. nasib jadi nih







kerepek pisang my_KF fevret.. sori la xdpt nk rase lg kan? cari je kat ai tam..


ade lagi biskut lain da ulpoad kt fb... hehe...

haha... kalu rase nak cuba resepi2 kampung sila-sila bertandang ke http://receipemdsalehfamily.blogspot.com/ 

enjoy it resipi kt sane <3 c u there... (",)

Wednesday, August 10, 2011

alahai manisnya bila bertudung

salam.. hai semua, setelah semalam x update blog, hari ini tiba-tiba terpanggil untuk berkongsi pasal artis yang bertudung kelihat sangat cantik dan manis. siapa kata artis bertudung tak boleh berjaya. hehe.. tapi hari ni i nak share picture artis yang i suka sangat bila mereka bertudung.

1) irma hasmie



 irma sangat cantik dan sangatlah manis ! sangat minat beliau berlakon awan dania.. comel gila. tapi sejak bertudung makin bertambah admire beliau.


2) Wardina Safiyyah



 antara selebriti malaysia yang sangat berjaya dan komited dengan kerja. Wardina kini bergerak aktif walaupun bertudung. suka watak beliau dalam drama spanar jaya suatu ketika dulu, dan pernah menyertai dewi remaja.kini beliau boleh menadi role model untuk wanita dengan imej yang sangat manis. love it..


3) Nur Fazura


teruja beliau berlakon dalam tahajjud cinta. sangat-sangat cantik! bertambah cantik bila bertudung. alhamdulillah moga suatu hari nanti beliau betul-betul akan bertudung sepenuhnya.

4) Nora




 nora dan penampilan bertudung beliau mase kilauan emas sangat menakjubkan. terserlah keibuan,kewanitaan,ketertiban beliau.. membesar dengan lagu beliau dan sangat suka imej yang begini. awesome!

5)  liza hanim


antara artis yang mempunyai kekuatan vokal yang sukar di tandingi. my mum always said, her face looks like Saloma. cantikkan!! gaya terbaru yang sangat bersesuaian dengan beliau.


6) Siti Nurhaliza



penyanyi nombor 1 negara, x sabar menunggu beliau menutup rambut sepenuhnya. so sweet bile bertudung penuh cam gambar di atas. sejuk hati =)


7) Heliza



penyanyi bermata besar ini sangat-sangat comel dan terus mengekalkan imej ertudung dari awal sampai kini. Alhamdulillah..



8) farah diana anuar



penyanyi yang menyerlah dalam bidang pengacaraan, farah breep breep mengambil keputusan memakai tudung sepenuhnya dalam industri hiburan ini. melalui rancangan RASA Halal Vietnam , sangat terhibur dengan aksi2 beliau. gambar perkahwinan beliau sangat2 menampakkan glowing di muka farah!! cantikk sangat!
 9) Catriona Ross Bahrain


teringat satu cerita lakonan beliau Mek Salmah dari scotland. hehe..best sangat cerita tu. alhamdulillah kini cat telah berubah sepenuhnya. sangat sweet kan dia dengan lesung pipit yang manis tu.like!

 10) nora danish



comelnya nora danish ni! hot mummy.. serius pakai tudung nampak sangat2 awesome!!

 11) Ayu Raudhah


penampilan ayu raudhah bertudung dalam drama seperti nur kasih, sangat menampilkan watak yang berbeza. terserlah kesopanan dan kecantikan beliau . 

12)Tiz Zaqyah


kemunculan awal dalam drama nur kasih sangat-sangat menerujakan. sangat bijak memainkan peranan sebagai nur amina, dan berupaya bermain dengan emosi penonton. Filem Nur Kasih telah membuktikan kecantikan beliau makin terserlah, Sangat cantik bila Tiz bertudung.


13) Fasha Sandha



seringkali kita melihat fasha membawakan watak yang antagonis. tapi bila fasha pakai tudung ni, mak ai.. sangat-sangat la cantik. hope, beliau dapat mengekalkan imej bertudung ni satu hari nanti. 




14) LisaSurihani

jarang kita lihat lisa membawakan watak bertudung dalam filem mahupun drama.  nampak sangat kebudakan-budakan ye x?? sungguh comel. bila kita mau melihat lisa bertudung kompem gempak drama/filem aktress wanita terbaik ni. meletup filem.. doakan yang terbaik tuk beliau =)

hah..cukup2 lah i post tuk harini.. balas yang semalam x post. arini post sampai 2 entri. haha. daa!!

bonggol unta?? fesyen atau ...??


ni nak share sikit pasal trend bertudung masa kini. hope, dapat jadi iktibar untuk kita semua.
credit to :

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11661.60


ISU PENTING : FESYEN TUDUNG BERSANGGUL...

Saya rasa.. amat penting untuk saya kongsikan satu perkara ni.. Act, saya baru jer tau ttg perkara ni. Kalau kita semua perasan sekarang, fesyen bertudung bersanggul sangat2 femes sekarang. Saya tengok, majoriti yang bertudung, especially y pakai shawl...msti akan mengayakan tudung y dipakainya dalam keadaan bersanggul.


Sanggul yang saya maksudkan adalah seperti dlm pic diatas. Memakai tudung y menampakkn bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan kawan2 semua . Renungkanlah hadith2 dibawah :

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
KOMEN :

Sama2lah kita sebarkan isu ini.. Agar ianya dapat memberi kesedaran utk diri saya & kita semua. Saya sendiri pun... masih x perfect. Banyak sgt perkara yang harus diperbaiki. Disudut +ve , dunia blogging ni banyak memberi info y selama ni saya x tahu & banyak juga memberi kesedaran drp semua sudut.



petikan di atas saya copy bulat-bulat dari web page halaqah. bertudung bukan suatu fesyen tapi keWAJIBan pada setiap muslimah. menggayakan tudung biarlah pada tempatnya selagi tidak menimbulkan pandangan tidak selesa. Bertudung sangatlah cantik, terserlah kecantikan seorang wanita itu terutama ketika dia menutup auratnya. so, pilihan terletak di tangan anda. kalau saya lebih selesa memakai tudung bawal ataupun selendang bersama skarf penuh. bergaya ada batasnya.. renung-renungkan dan selamat beramal :)

Monday, August 08, 2011

ting ting... pelaburan masa hadapan =)





salam =) Today ,our topic lebih kepada perancangan masa hadapan. Sudahkah anda melabur untuk masa hadapan anda?? huhu.. skema lak ayat.. selagi muda ni, kita bolehla menabung untuk masa hadapan. tak kisahlah dan terpulanglah pada korang untuk melabur duit simpanan korang ke mana sahaja pun. kat malaysia ni kita ade banyak pilihan untuk melabur duit. ada yang memilih bank, ada juga yang memilih ASNB. terpulang pada individu. bagi i, kalau pelaburan terbaik secara islamic totally prefer to Tabung Haji .  x salah melabur asalkan bukan pada saluran yang salah. for me, i prefer to invest in ASB. since 2008, i bukak ASB with modal RM 20.00 only. time tu student la katekan, aisshh,sekarang pon still student lagi. ha..masa tu i tertarik nak melabur kat ASB atas sebab kawan i mase kt Uitm arau dulu ada buka akaun dan dia kata berbaloi.. So, berbekal 20 ringgit tu lah i bermotosikal ke pejabat pos Arau maklumlah, x ramai orang sangat kan ;) huhu.. tapi duit tu x pernah la i tambah sampai la 2010, baru terbuka hati nak tambah duit. biasalah student kalo da pegang duit, sekali keluar beratus gak habis. then, mase i dapat tawaran ke ipta for degree, i dapatlah 1 lagi buku akaun AS1M, from our goverment with 100 units. alhamdulilah.. so totally sekarang i da perlahan lahan menabung tuk masa depan memikirkan umur pon da semakin meningkat :) :p hehe..

so close the story.. sebab ape kite perlu melabur?? selain memikirkan bebanan hutang selepas tamat pengajian, di tambah pula apabila sampai seru untuk kompang!! hehe, dan memikirkan pentingnya kite perlu ade aset untuk diri sendiri seperti rumah,kereta dll yang di fikirkan perlu. kire duit simpanan ni sebagai satu simpnan tetap tanpa sebarang pengeluaran dalam jangka masa yang panjang.  lagipun, ape yang kita simpan ni pon setelah melihat kesan untuk jangka masa yang panjang dan apabila berlaku sebarang kecemasan, nah.. xda lah kita patah kaki kelam kabut mencari duit kan..

selain tu gak, jangan lupa berzakat untuk menyucikan harta kita. setiap sen dari harta kita, ada hak orang lain terhadapnya. zakat membawa berkat. oh ya, sempena ramadhan ni, kita di wajibkan utk membayar zakat fitrah, sudah kah belum menunaikan kewajipan anda? kalo belum, cepat2 lah jumpa amil yang berdekatan untuk membayar zakat. kadar di negeri johor RM5.oo utk selain beras import dan rm 7.5o untuk yang menggunakan beras import. bayarlah cepat2 tau, supaya golongan yang memerlukan ini dapat menyambut ramadhan dan membuat persiapan syawal dengan lebih sempurna.

oh sebelum terlupa, ada yang mengatakan telah keluar fatwa bahawa melabur  di ASB itu haram. kalau x silap i Mufti Selangor. but, i prefer from Majlis Fatwa Kebangsaan. kita tunggu apakah respon dari mereka. insyaAllah, so, marilah kita melabur untuk masa hadapan yang cerah.daa :)

update latest : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya

Sunday, August 07, 2011

diri sendiri sahabat terbaik


sadly... kalau da nama pun mulut manusia, sampai bila-bila pun susah nak tutup. kalau kita nak luahkan sebarang perasaan, janganlah sewenang-wenangnya meluahkan kepada orang lain. kelak nanti termakan diri sendiri. i da banyak kali kot terkena camni sekali. betul la kata orang.sahabat yang jujurlah paling susah nak cari kat dunia zaman sekarang ni. sahabat yang setia.sama menangis paling susah di jumpai. kawan bergelak ketawa sememangnya ramai.
so, berpada-padalah berkongsi rahsia. berkongsi la pada sahabat yang kita tahu kejujuran hatinya, keindahan tutur katanya yang sentiasa berlapang dadanya.. yang mampu buat kita tersenyum di kala bersedih. setulus hatinya menerima kita sebagai sahabat. 
rahsia?? seboleh-bolehnya simpanlah rahsia hati tu sendiri. banyak cara terbaik untuk kita meluahkan rahsia hati. dengan cara menulis. here some tips to keep ur secret ! hihi
  • tulis panjang-panjang ,nangis-nangis atas kertas tu.luahkan ape yang terpendam dalam hati. rasa geram,marah,kecewa,luahkan semuanya!!! biarlah panjang-panjang berjela pon. 
  • next step, bace balik karangan kita tu!! sambil mengesat2 air mata (menangis adalah terapi terbaik untuk meluahkan sesuatu yang terpendam dalam jiwa)
  • kalo rasa nak tambah lagi ayat-ayat yang x puas hati..silalah tambah sampai lebam!
  • renyukkan kertas dengan sepenuh hati.. buat ala2 bola pingpong.
  • then pilihan di tangan anda, samada hendak baling kertas tu ke dinding seolah-olah melepaskan perasaan tu pd orang yang di kehendaki, ataupun campak ke tong sampah (ini bahaya potensi untuk orang mengetahui kelemahan kita/rahsia kite lar) ataupun kite bakar kertas tu sambil tersenyum puas!!! =) beranggapan nyahhh ko dalam hidup aku! 
  • pastu the final stage.. bermonolog dalam hati kita..pujuk hati kita sendiri.. ini jalan terbaik aku buat.simpan rahsia ni sampai bila-bila
  • then mandi, hepikan diri,bzkan diri + doa selalu.
lastly, diri sendiri adalah sahabat terbaik.hanya diri kita yang paham apa yang terbaik untuk diri sendiri. rahsia agung biarlah tersimpan tuk diri sendiri. jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri,

Ya Allah..kurniakanlah aku sahabat yang sanggup menangis bersamaku, gembira bersamaku.. menjaga aibku seperti aku menjaga aibnya.. berikanlah lindungan dan rahmatMu kepada kami Ya Allah, supaya kami saling ingat-mengingati tanpa syak wasangka dalam hati.. Ya Allah peliharalah persahabatan kami dari sebarang hasad dengki dan tipu muslihat.. sesungguhnya engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. amin... ya rabbal alamin

Saturday, August 06, 2011

plan after u're getting married :p

hai... firstly i'm the only 24th years old person would like to talk about married?? ahaha :p this is not me hehe... i'm still studying and still waiting for someone to "keep me 4 ever" i wish it would be him... :p..
ayoo..merepek sudah sekarang nih. i just nak kongsi dengan u all's apa yang terlintas kat fikiran i. tibe2 gatal terlebih kan ;p it's ok la.. kita perlu ade rancangan teliti sebelum mulakan sesuatu plan. hahh.. biase la..kite ni kalo baru kuar universit selalu dibebani dgn HUTANG nak kene bayar... kalo x, mana la family kita nak cekau duit nak support pengajian kita kan.. haha... so, bg u - u yang da ade plan nk dirikan rumahtangga tu, apa kate kite check it out this list.. i da lame buat mende ni, a simple thing.. but hope dapat membantu ;) persedian awal la katakan haha.

Nih barang2 basic yg perlu ade di setiap rumah. Nampak cm enteng..tp cube bajet bpe $$ RM kite perlu abiskan utk beli brg2 ni.. sampai umur kite berapa kite nk idup dgn utang??

Ruang tamu
·         Tv
·         radio
·         Sofa
·         Meja tamu

Dapur
·         Peti ais
·         Mesin basuh
·         Tempat memasak
·         Oven
·         Meja makan
Bilik tidur
·         Almari
·         Katil
·         Meja solek
Luar rumah
·         Tempat sidai baju
·         Kereta/moto
·         Pasu tuk cucuk tanam
Lain2 di pk kan perlu
·         Penyapu/keperluan pembersihan
·         Alatan memandi

Hutang
·         Ypj
·         Ptptn
·         Beli keta/moto
·         rumah(sewa/beli)

                                                                 Masa depan

·         Maintenance keta (minyak keta,minyak hitam,servis dll)
·         Maintenance moto(minyak moto,minyak hitam,servis dll)

so guys, are u ready for this??? money is everything.. melaburlah duit utk jaminan masa hadapan ..hehe...

dan bila esok

Di dalam hati selalu tersimpan

Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata
Saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya


forever love u!!!!!!!!!!

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Tuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Untuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki ‘tuk selama-lamanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...