Followers

Sunday, August 07, 2011

diri sendiri sahabat terbaik


sadly... kalau da nama pun mulut manusia, sampai bila-bila pun susah nak tutup. kalau kita nak luahkan sebarang perasaan, janganlah sewenang-wenangnya meluahkan kepada orang lain. kelak nanti termakan diri sendiri. i da banyak kali kot terkena camni sekali. betul la kata orang.sahabat yang jujurlah paling susah nak cari kat dunia zaman sekarang ni. sahabat yang setia.sama menangis paling susah di jumpai. kawan bergelak ketawa sememangnya ramai.
so, berpada-padalah berkongsi rahsia. berkongsi la pada sahabat yang kita tahu kejujuran hatinya, keindahan tutur katanya yang sentiasa berlapang dadanya.. yang mampu buat kita tersenyum di kala bersedih. setulus hatinya menerima kita sebagai sahabat. 
rahsia?? seboleh-bolehnya simpanlah rahsia hati tu sendiri. banyak cara terbaik untuk kita meluahkan rahsia hati. dengan cara menulis. here some tips to keep ur secret ! hihi
  • tulis panjang-panjang ,nangis-nangis atas kertas tu.luahkan ape yang terpendam dalam hati. rasa geram,marah,kecewa,luahkan semuanya!!! biarlah panjang-panjang berjela pon. 
  • next step, bace balik karangan kita tu!! sambil mengesat2 air mata (menangis adalah terapi terbaik untuk meluahkan sesuatu yang terpendam dalam jiwa)
  • kalo rasa nak tambah lagi ayat-ayat yang x puas hati..silalah tambah sampai lebam!
  • renyukkan kertas dengan sepenuh hati.. buat ala2 bola pingpong.
  • then pilihan di tangan anda, samada hendak baling kertas tu ke dinding seolah-olah melepaskan perasaan tu pd orang yang di kehendaki, ataupun campak ke tong sampah (ini bahaya potensi untuk orang mengetahui kelemahan kita/rahsia kite lar) ataupun kite bakar kertas tu sambil tersenyum puas!!! =) beranggapan nyahhh ko dalam hidup aku! 
  • pastu the final stage.. bermonolog dalam hati kita..pujuk hati kita sendiri.. ini jalan terbaik aku buat.simpan rahsia ni sampai bila-bila
  • then mandi, hepikan diri,bzkan diri + doa selalu.
lastly, diri sendiri adalah sahabat terbaik.hanya diri kita yang paham apa yang terbaik untuk diri sendiri. rahsia agung biarlah tersimpan tuk diri sendiri. jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri,

Ya Allah..kurniakanlah aku sahabat yang sanggup menangis bersamaku, gembira bersamaku.. menjaga aibku seperti aku menjaga aibnya.. berikanlah lindungan dan rahmatMu kepada kami Ya Allah, supaya kami saling ingat-mengingati tanpa syak wasangka dalam hati.. Ya Allah peliharalah persahabatan kami dari sebarang hasad dengki dan tipu muslihat.. sesungguhnya engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. amin... ya rabbal alamin

No comments:

Post a Comment

sila-sila mengarang ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...