Followers

Friday, June 24, 2011

sambal kentang

bahan2

  • 3-4 biji kentang (kupas kulitnya, potong memanjang ala2 fries dan goreng terlebih dahulu)
  • hati ayam (rebus dahulu hati kemudian gorengkan)
  • lada kering (5 batang hendaklah di blender dgn air yg sedikit)
  • bawang merah (3-5 biji) dan bawang putih (1 biji) dimayang halus dan di goreng)

* boleh pilih samada untuk menggunakan udang. hati, ayam (tapi hendaklah di goreng terlebih dahulu)


cara2 memasak :

  • goreng bawang sampai kuning dan berbau wangi
  • masukkan lada blender dan goreng lagi
  • masukkan hati dan tunggu sehingga masak
  • masukkan air asam
  • masukkan kentang..gaul rata dan masukkan gula dan garam
  • gaulkan sehingga rata
  • goreng lama sehingga kering

sambal sotong kembang

cara2 memasak untuk 2 ekor sotong kembang (sotong yg besar tu)

bahan2

  • 3-5 ulas bawang kecil
  • 1 ulas bawang besar
( dimayang halus bawang2 di atas)
bawang putih x perlu di gunakan..tapi terpulang pada selera masing2..
  • 7-9 btg lada kering (ikut sesedap rasa kepedasan) di blender bersama 1/2 drpada bwg besar tadi... blender dgn sedikit air shj biar pekat)
  • 2 genggam kacang tanah di goreng... apabila sejuk di blender separa halus(terpulang nk halus/kasar2)

cara memasak :

  • panaskan minyak.kemudian masukkan bwg 2 yang di mayang halus dan goreng bawang sehingga agak kuning dan berbau wangi
  • masukkan lada blender dan goreng lada smpai masak. kemudian masukkan air sedikit.. bila mendidih masukkan sotong kembang..
  • masukkan air asam + air sedikit + masukkan kacang yang di blender tadi
  • masukkan garam + sedikit gula
  • agak 2 dalam 10 minit masak la sotong kembang sambal yang sedap nih...
lamanye x makan sotong nih,,, maklumla.. kalo org yang mempunyai penyakit gaut mmg xle makan sotong2 ni.. so kami yang xde sakit ni pon turut berpantang sekali... hehe

Thursday, June 16, 2011

sate goreng

bahan2 #1

1) untuk perap daging /ayam
  • serai
  • kunyit
  • ketumbar
  • jintan halus
  • gula pasir
  • garam
(kisar bahan2 di atas dan gaulkan pada daging/ayam)

bahan2 #1 td hendaklah diperap selama 4-5 jam


cara memasak bahan2 #1

  • panaskan kuali
  • masukkan kesemua daging/ayam ke dalam kuali dan tutup
  • di kacau dan di balik-balik sehingga air di dalam kuali kering
  • barulah dituang minyak masak sedikit
  • kemudian gorenglah daging/ayam sehingga masak , wangi dan kering

2) kuah sate

bahan2 #2

  • kacang tanah di goreng dan di kisar (1/2 kisar halus dan 1/2 tumbuk tidak terlalu halus)
  • cili kering di patah-patahkan (rendam dgn air panas)
  • ketumbar/ jintan di rendam air panas
  • kisar cili kering,jintan ketumbar halus2
  • gula/garam secukup rasa
  • sedikit gula melaka
  • serai ( 2 batang dititik..1 btg dikisar)
cara2 memasak :

  • semua bahan dikisar di tumis sehingga wangi termasuk serai. kemudian masukkan sedikit air, kacang dan tambah air lagi. masaklah kuah itu sehingga pekat yg di sukai



resepi ni di turun kan seseorang yg x ingat dah.. huhu... nk try la pasni... tgok cara masak pon rasenye melazatkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...