Followers

Thursday, April 28, 2011

rojak





menu 4 today adalah rojak special buatan mak saya.. saya sekadar menolong buat ape yg patut je.. hehe

bahan2 :

untuk hiasan

tauge ( dicelur sekejap)
kubis (dicelur sekejap)
4 biji telur ayam (direbus n buang kulit die)
3 biji tahu (digoreng kemudian baru potong dadu)
1 biji nenas, dipotong kecil2
sengkuang 1/2 saiz sederhana besar
timun 1 biji

untuk kuAh kacang

  • kacang tanah
  • bawang merah 3 biji
  • lada kering 7 tgkai
  • belacan sedikit
  • gula melaka hiris sedikit
  • air asam jawa

cara memasak :
  • gorengkan kacang tanah sehingga pecah kulit/masak..jgn terlalu hangus..kurang sedap bersama belacan,lada kering,dan bawang kecik
  • blender halus/separa halus bahan2 td
  • gaulkan bahan2 di blender itu dgn gula melaka yg dah dihiris halus juga masukkan air asam jawa .tambahkan air jika x mencukupi
  • godakkan sehingga sebati
  • siap kuahnya campurkan dgn bahan2 hiasan dan boleh di makan begitu sahaja ataupun dengan nasi...
selamat mencuba =)

ayam/ ikan masak kicap

bahan2nya adalah :

  • 1 ulas bwg putih
  • 1/3 jari kelingking (halia) -tumbuk
  • 3-5 ulas bwg merah
  • 1/2 biji bwg besar
(mayangkan halus2 bahan di atas)
  • 1 bunga lawang/pe'kak
  • 1 kayu manis
  • 1 biji pelaga
  • 1 biji lada basah (hiris halus2)

cara memasak :

Wednesday, April 27, 2011

my luv..my heart..my soul

assalamualaikum...
thanks coz sudi kunjungi blog yg x seberapa ni..
teman nk kabo... teman bukan sekadar nk berkongsi..
teman jua ingin buat simpanan resepi ni tuk mase depan teman
hehe...

alhamdulillah...thanks pada ayah saya , Muhamad Saleh bin Husin
dan bonda sy , Jama'yah binti Abd jalal

kerana sudi memberi bimbingan dan petunjuk dalam memahirkan diri dengan keje2 dapur ni..

blog ini jugak khas tuk akk2 saya, Pn Jaslina & Cik Zuhainiah... supaya resipi keluarga x lapok di hujan..x lekang dek panas..

resepi kite..kebanggaan kite...

thanx to u all...
please leave ur comment...

salam...
-miza

ayam masak kuning



bahan2 diperlukan :

  • 3 biji lada kering
  • 1/3 jari kelingking (kunyit)
  • halia 1/2 saiz kunyit
  • lengkuas 1/2 saiz halia(kalu x mau letak pon xpe)
  • 5 ulas bwg merah
(blender bhn2 di atas)

cara memasak :

  • panaskan minyak dan tumis bahan2 yang di blender tadi
  • tumis sehingga naik bau
  • masukkan serai yang sudah diketuk
  • masukkan air asam jawa
  • masukkan ayam/daging
  • masukkan air secukupnya..kira2 200 ml
  • garam secukup rasa
  • didihkan dengan api sederhana kecil..supaya ayam masak/daging empuk
  • apabila kuah pekat dan sebati..barulah enak di makan..
boleh juga taruk daun limau purut supaya naik bau

nasi lemak umphh!

bahan2 diperlukan :

  • beras (dalam 2 pot makan tuk 5 org)
  • 5-7 ulas bwg merah di mayang halus2
  • 2/3 jari kelingking (halia)
  • 2 btg serai ( diketuk)
  • 1 kulit kayu manis
(bahan2 di atas boleh digoreng terlebih dahulu)
  • santan (1 biji kelapa/santan segera)

cara2 memasak :

  • didihkan santan dengan sedikit garam kacau sehingga mendidih (jgn smpai pecah santan)
  • masukkan beras
  • masukkan bahan2 di atas
  • tunggu nasi sehingga masak..
  • hendaklah di kacau sekali sekala
  • waktu nasi hampir kering kacau rata2 supaya nasi tidak jelantah di bahagian atas
nasi lemak sedap di makan dengan ikan bilis, tumis telur,telur rebus/goreng, timun..dll

sesetengah orang suke letak pelaga...tu option la... kalu nk letak daun pandan pon sedap gak... bau wangi je... letak mase dr awal lg..

lame da x masak ni.. kalu da masak... kami akan upload gmba okeh..hehe

Tuesday, April 26, 2011

mee bandung ayah special

ni la makanan kegemaran kami adik beradik..kalu balik dr u..kompem mintx ayah mak masakkan

bahan2 diperlukan :

  • 5-7 biji lada merah hidup/ kering
  • 5-7 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • udang kering dalam 2-3 sudu (sesedap rasa, blender halus)
(blender dulu bahan2 ini)
  • kacang tanah secukupnya (anggaran 2 genggam jari utk 5 org makan, goreng dan kisar halus)
  • keledek 1 biji yang sederhana besar (potong dadu, rebus dan lecekkan)
  • mee kuning (1/2 kilo just enough)
  • sawi (sedap sawi yang lembut @ sawi bunga)
  • tomato(1 biji)
  • tahu
  • udang/ayam/sotong/daging
cara2 memasak :

  • panaskan minyak, tumis lada yang di blender mula2
  • .apabila naik bau, masukkan air dan kacau
  • masukkan kacang yang di blender
  • masukkan keledek dan garam secukup rasa dan tunggu hingga mendidih
  • masukkan perencah seperti ayam, dading dll
  • apabila kita dah letak keledek, tidak perlu lagi untuk taruk gula..sebab keledek sudah rasa manis dan lemak2 sedikit..
  • masukkan air lagi secukupnya agak2 tiga minit lepas mendidih masukkan batang sawi
  • masukkan mee / celur mee masukkan kemudian
  • masukkan daun sawi
  • padamkan api..dan hidangkan seperti biasa

santan mentah ikan bakar

ikan bakar

- biasanya kami gunakan ikan selar papan, boleh juga ikan jaket/caru, ikan jelawat, siakap..
-ikan siang seperti biasa... sisik x perlu di buang
selepas siang ikan, rendam dgn air asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan (dalam 30 minit)
-sapukan limau kasturi di seluruh ikan untuk hilangkan hanyir juga

boleh di bakar di dalam oven.tp lebih enak jika di bakar dgn bara api...bungkus ikan dgn daun pisang ataupun aluminium foil..

jgn bakar terlalu kering... kurang sedap dan hilang rase manis ikan...



santan mentah

kalu jawanya org panggil pecal..hehe...tp sbb kami org banjar.. kami pggil santan mentah



bahan2 diperlukan :
  • 2/3 dr jari kelingking (buah cekor)
  • 3-5 biji bawang merah
  • 3-5 biji cili (api/padi/dll)
  • 1 biji tomato
  • setengah biji timun muda
  • santan kelapa yang pekat
  • garam secukup rasa
  • sedikt belacan
cara2 membuat :

  • mak pesan tumbuk cili dulu bg lumat2..
  • kemudian tumbuk buah cekor
  • tumbuk bawang yang dah di mayang
  • masukkan belacan dan garam secukupnya
  • (buat ala2 sambal belacan)
  • tomato hiris halus2
  • timun pon potong kecik2 mcm buat acar nenas
  • kalu santan segera peket masukkan kire2 250 ml air... ataupun secukupnya
  • santan mestilah pekat betul, baru sedap... masukkan barang2 yang di tumbuk dalam lesung batu tu gaulkan dalam santan pekat.
  • kemudian masukkan hirisan tomato dan timun
  • gaul rata..tidak perlu di masak
  • kalu kelapa parut guna 1 biji dan dapatkan inti paling pekat
  • masukkan ikan bakar td ke dalam santah mentah
  • boleh di makan dgn nasi panas2
  • kompem sedap
ayah penah ckp..zaman dulu2... org kampung makan santan mentah dgn ayam bakar, ayam goreng, dgn daging kambing...lg2 kalo time kenduri kt kg

gambar akan di masukkan kemudian

gulai asam pedas




bahan2 di perlukan :

5-7 biji bawang merah @ 1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih ( saiz yg sedang2 je)
1/3 jari kelingking (halia)
1/3 jari kelingking (kunyit)
untuk lada pula, boleh dipilih samada
- lada hidup (lada merah yang besar) 3 biji + lada kering 7 biji
-lada hidup 5 biji
-lada kering 9 biji

(semua bahan2 di atas hendaklah di blender terlebih dahulu)

barang2 tambahan :

if needed - daun kesum ( naik bau wangi n sedap di makan), bunga kantan, kobis jeruk.lengkuas
boleh pilih salah satu atau lebih


cara 2 memasak :

1) masukkan minyak secukupnya dan panaskan kuali untuk menumis bahan yang di blender.
2) setelah minyak panas, masukkan bahan2 yang di blender td
3) goreng/tumis sampai naik bau... ( kompem rase x sabar bau da sedap hehe..)
4) masukkan daun kesum n tumis lama lg
5) masukkan air secukupnya
6) tambahkan air asam jawa
7) masukkan ikan..tutup periuk supaya ikan masak serata.. ( biasa famly buat ikan merah yang lembut tu.. ikan parang yang besar pon sedap)
8) tambahkan garam secukup rasa.

+ jika tambah

- bunga kantan (masukkan saing dgn daun kesum)
-kobis jeruk (masukkan saing dgn ikan)
- serai ( saing2 daun kesum)
-lengkuas (blender asing,saiznya perlu lebih besar sedikit dr kunyit/halia)

gambar akan di upload kemudian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...